Logitech G915 TKL Diperkenal – Papan Kekunci Permainan Nirwayar Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 40 Jam

Logitech G915 TKL Diperkenal – Papan Kekunci Permainan Nirwayar Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 40 Jam

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

Logitech sememangnya terkenal dengan penawaran papan kekunci yang berkualiti tinggi. Terkini, Logitech melancarkan papan kekunci permainan nirwayar baharu iaitu Logitech G915 TKL Tenkeyless Lightspeed Wireless RGB Mechanical Gaming Keyboard. Difahamkan, papan kekunci ini menggunakan teknologi yang sama seperti Logitech G915.

Ia menggunakan teknologi Lightspeed berprestasi tinggi dengan masa tindak balas 1ms bersama sistem pencahayaan RGB segerak Lightsync yang hadir dengan 16.8 juta pilihan warna cahaya. Suis Romer-GL digunakan dengan pilihan tiga model iaitu GL Linear, GL Tactile dan GL Clicky. Ketinggian suis adalah lebih rendah berbanding butang kekunci mekanikal biasa dengan pengaktifan 25% lebih pantas.

Paling menarik, papan kekunci ini menjanjikan penggunaan selama 40 jam tanpa henti dengan sekali caj apabila lampu RGB dihidupkan. Bateri yang disertakan juga berupaya beroperasi sehingga 135 hari sekiranya lampu RGB dipadamkan dengan penggunaan 8 jam bermain setiap hari. Difahamkan juga, ia akan memaparkan amaran bateri rendah di bawah 15% dan mengambil sekitar 3 jam untuk pengecasan semula.

Logitech G915 TKL Tenkeyless Lightspeed Wireless RGB Mechanical Gaming Keyboard dijual pada harga $229 (~RM998) dan ketersediaan secara global dijangka bermula Jun kelak.



TIPS & ULASAN