Fujifilm Memperkenalkan Perisian Untuk Menukar Kamera Mereka Menjadi Webcam

Fujifilm Memperkenalkan Perisian Untuk Menukar Kamera Mereka Menjadi Webcam

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

Kamera nircermin Fujifilm boleh dikategorikan sebagai siri kamera premium oleh kerana kualiti gambar dan rakaman yang boleh dikatakan yang terbaik di pasaran sekarang.

Terkini, mereka telah memperkenalkan perisian Fujifilm X Webcam yang membolehkan para pengguna kamera Fujifilm siri X dan GFX untuk menggunakan kamera-kamera tersebut sebagai webcam.

Menurut video tutorial yang dikeluarkan oleh Fujifilm, pengguna hanya memerlukan sebuah kamera Fujifilm yang disokong, kabel USB dan juga perisian Fujifilm tersebut yang dipasang pada sebuah komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 10.

Melalui video tersebut juga, dapat dilihat bahawa kamera-kamera ini menunjukkan kualiti penstriman yang jauh lebih tinggi berbanding dengan webcam yang dibina khusus untuk tujuan sidang video atas talian.

Fujifilm mengatakan bahawa kamera-kamera yang menyokong perisian ini termasuklah Fujifilm X-H1, X-Pro2, X-Pro3, X-T2, X-T3, X-T4 dan semua kamera Fujifilm GFX yang sedia ada.

Jika berminat, anda boleh memuat turun perisian Fujifilm X Webcam ini di laman web Fujifilm sekarang.



TIPS & ULASAN