HP ZBook Firefly 14 G7 Dan 15 G7 Dilancarkan Dengan NVIDIA Quadro P520
HP

HP ZBook Firefly 14 G7 Dan 15 G7 Dilancarkan Dengan NVIDIA Quadro P520

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

Keluarga komputer riba workstation HP ZBook dikemaskini pagi tadi dengan cip pemproses Intel generasi ke-10 dan GPU NVIDIA Quadro P520. HP ZBook Firefly 14 G7 Dan 15 G7 ditawarkan dalam dua pilihan saiz skrin iaitu 14 dan 15 inci masing-masing dengan resolusi sehingga 4K UHD lengkap dengan piawaian VESA DisplayHDR 400.

Pilihan pemproses adalah sehingga Intel Core generasi ke-10 enam teras, memori sehingga 64GB DDR4 RAM, storan SSD sehingga 2TB dan GPU NVIDIA Quadro P520 4GB GDDR5. Ini adalah penambahbaikan berbanding AMD Radeon Pro WX 3200 yang digunakan pada ZBook G6 tahun lalu. Komputer riba ini versi 14″ menurut HP ialah workstation paling ringan di pasaran dengan pengurangan berat sehingga 5.2% berbanding model terdahulu.

Dengan bateri yang digunakan, komputer riba dikatakan dapat bertahan sehingga 17 jam dengan sekali caj. Pilihan I/O pula ialah dua USB 3.1 type A, 2 Thunderbolt USB-C, bicu audio dan HMDI 1.4b. HP ZBook Firefly 14 G7 dan ZBook Firefly 15 G7 akan dijual bermula Ogos hadapan pada harga bermula $1,099 (~RM4790).



TIPS & ULASAN