Cari @ Amanz

Jika kita perasan, penawaran televisyen pintar kini semakin meningkat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Xiaomi juga dilihat memperluaskan lagi rangkaian televisyen pintarnya dengan melancarkan siri Redmi Smart TV X di China, baru-baru ini.

Siri Redmi Smart TV terdiri daripada tiga model iaitu Redmi Smart TV X50, Redmi Smart TV X55 dan Redmi Smart TV X65 dengan ukuran skrin yang berbeza bermula 50-inci, 55-inci dan 65-inci. Difahamkan, ketiga -tiganya menawarkan spesifikasi yang sama seperti menyokong resolusi skrin 4K UHD dengan teknologi penstabilan pergerakan MEMC, empat pembesar suara dengan kuasa 12.5W setiap satu dan menggunakan teknologi Dolby Audio serta DTS-HD untuk pengalaman audio lebih baik.

Setiap model juga dilengkapi dengan 2GB RAM, storan dalaman 32GB, dan mikrofon jarak jauh untuk kawalan suara. Harga untuk Redmi Smart TV X 55-inci di China ialah RMB2,299 (~RM1,398), sementara model 65-inci pula berharga RMB3,299 (~RM2,005) . Pun begitu, Xiaomi belum mendedahkan harga untuk model 50-inci namun, ia dijangka ditawarkan di bawah harga RMB 2,000 (~RM1,216) .

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd