Cari @ Amanz

Poco Malaysia hari ini telah berkongsi melalui media sosial mereka, mengatakan bakal berkongsi lanjut mengenai penawaran Poco F2 Pro untuk pasaran tempatan secara rasminya esok.

Poco F2 Pro hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi, tetapi pada harga yang sangat kompetitif.

Poco F2 Pro

Poco F2 Pro menggunakan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat sensor belakang dengan gabungan 64MP + 13MP (ultra lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor 20-megapixel dihadapan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Poco untuk pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd