Cari @ Amanz

Semasa membesar di dekad 80an, kami tidak boleh lari dari berita mengenai wabak AIDS yang membunuh ribuan pesakit setiap tahun. Ia mula mendapat perhatian selepas selebriti terkemuka seperti Freddie Mercury, Eric “Eazy E” Wright dan Rock Hudson meninggal dunia akibat AIDS. Saban tahun hampir $7 bilion dibelanjakan bagi mencari rawatan kepada penyakit yang kini dihidapi sekitar 37 juta penduduk dunia.

Rawatan kepada AIDS masih lagi elusif tetapi teknik pencegahan HIV semakin banyak dibangunkan. Terkini ujian HIV Prevention Trials Network (HPTN) 083 yang dilakukan sejak 2016 mendapati suntikan cabotegravir setiap dua bulan mampu mengurangkan risiko jangkitan di kalangan lelaki homoseksual dan wanita transeksual.

Kajian melibatkan 4600 individu HIV negatif di 40 negara Asia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Hanya 50 individu dari kumpulan ini didapati dijangkiti HIV selepas tempoh ujian hampir tiga tahun. Kajian lebih lanjut sedang dilakukan untuk melihat punca 50 individu ini dijangkiti HIV.  Keputusan ujian HPTN 084 pula kini dinantikan kerana ia melibatkan 3000 wanita di tujuh negara Afrika yang turut menerima suntikan cabotegravir.

Hampir empat dekat yang lalu seorang individu yang disahkan positif HIV dianggap hanya menanti maut tetapi kini pelbagai jenis rawatan antiretroviron (ART) mereka boleh menjalani hidup dengan normal tanpa perlu risau akan menghidapi AIDS. Kita mungkin dapat melihat HIV/AIDS akan berjaya dirawat menggunakan teknik suntingan DNA misalnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd