Cari @ Amanz

Instagram hari ini telah mengumumkan inisiatif mereka dalam usaha membantu penerbit kandungan, sekaligus menjadikan mereka lebih aktif dalam berkongsi video pada perkhidmatan sosial berkenaan.

Sebagai permulaan, beberapa inisiatif telah diumumkan oleh pihak Instagram. Yang pertama adalah paparan iklan di IGTV.

Menurut Instagram, pengguna kelak akan diperlihatkan dengan iklan sehingga 15 saat ketika menonton IGTV. Mereka turut dijangka akan berkongsi pendapatan sehingga 55% bersama penerbit kandungan – sekaligus memberikan lebih motivasi kepada penerbit kandungan untuk memuat-naik ke IGTV.

Instagram IGTV Badges

Disamping itu, Instagram juga akan memperkenalkan ciri Badges pada Instagram Live. Melaluinya, pengguna boleh memberi sumbangan kepada saluran yang diminati mereka ketika saluran kegemaran mereka sedang membuat siaran langsung. Instagram akan menguji ciri Badges ini bermula bulan hadapan di beberapa buah negara. Seperti biasa, pengguna yang menyumbang Badges untuk seseorang penerbit kandungan, komen mereka akan terpapar dengan lebih jelas ketika siaran langsung berbanding pengguna tanpa sumbangan Badges berkenaan.

Inisiatif ini dilihat merupakan antara usaha terbaru Instagram dalam menarik lebih ramai penerbit kandungan ke platform mereka. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran Instagram ini masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd