Cari @ Amanz

Sony Mungkin Berkongsi Berkenaan Permainan Untuk PlayStation 5 Seawal Minggu Hadapan

Oleh Aman

Link Copied!

Sony PlayStation 5 merupakan konsol generasi baru yang dinantikan ramai pada tahun ini. Sony sebelum ini telah berkongsi berkenaan penggunaan cip pemprosesan pada konsol berkenaan, selain turut memperlihatkan logo dan juga alat kawalan permainan untuk konsol generasi akan datang berkenaan.

Kini, menurut laporan Bloomberg, Sony dijangka menjadualkan sebuah acara atas-talian khas seawal minggu hadapan, dimana mereka dijangka akan berkongsi berkenaan permainan untuk PlayStation 5.

Apa pun, ia turut dikatakan Sony mungkin menjadualkan semula acara berkenaan.

Buat masa ini, Sony tidak dijangka akan berkongsi berkenaan rekaan konsol dan sebagainya, dan lebih memfokuskan pada penawaran permainan semata-mata. Ia diperkatakan, Sony masih menjadualkan pengenalan konsol berkenaan pada penghujung tahun ini.


Komen ()