Cari @ Amanz

Anker merupakan salah satu pengeluar aksesori untuk telefon pintar. Terbaru, mereka telah melancarkan sebuah kabel khas untuk telefon pintar, yang mana berbeza dengan sebelumnya, ia hadir dengan bersadur emas 24K.

Anker Kabel Emas

Kabel ini ditujukan kepada pengguna peranti iPhone. Ia hadir dengan sambungan USB-C ke Lightning. Kabel ini hadir dengan bahagian kepala yang bersadur emas 24K, selain bahagian kabel yang lebih tahan berbanding kebiasaan. Ia menawarkan sambungan sepanjang 6 kaki.

Bagi anda yang mencari suatu kabel yang berbeza dan lebih elegan, mungkin boleh menyemak penawaran Anker ini pada harga $99.99 di Amazon, iaitu sekitar RM435.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd