Poco Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasmi penawaran telefon pintar Poco F2 Pro untuk pasaran tempatan. Dua model akan ditawarkan, iaitu dengan versi 6GB RAM dan 8GB RAM.
Poco F2 Pro menggunakan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat sensor belakang dengan gabungan 64MP + 13MP (ultra lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor 20-megapixel dihadapan.
Di Malaysia, Poco F2 Pro dengan 6GB RAM dan 128GB storan berharga RM2199. Sementara model 8GB RAM dan 256GB storan pula berharga RM2599.
Ia akan ditawarkan bermula 10 Jun 2020 di Malaysia.