Realme X3 SuperZoom Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1999

Realme X3 SuperZoom Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1999

Diterbitkan pada Mei 28, 2020 oleh .

Realme X3 SuperZoom secara rasminya dilancarkan di Malaysia hari ini. Ia adalah telefon pintar yang menumpukan kepada kemampuan zum yang tinggi sehingga 60X. Di Malaysia ia dijual pada harga RM1999 sebuah untuk model 8/128GB dan RM2299 untuk model 12/256GB.

Realme X3 SuperZoom

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.6-inci IPS LCD dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, cip pemprosesan Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Kamera utama menggabungkan sensor 64+8+8+2 megapixel. Terdapat sokongan lensa sudut lebar, sudut ultra-lebar, zum periskop dan makro. Spesifikasi kamera hadapan 32+ 2 megapixel. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian sisi untuk nyahkunci pantas kerana skrin LCD masih belum menyokong pengimbas cap jari dalam skrin. Dari segi perisian pula ia menggunakan pelancar Realme UI yang berasaskan Android 10. Kepada yang berminat jualan akan dibuka bermula 2 Jun ini.



TIPS & ULASAN