Cari @ Amanz

Black Shark 3 Pro Bakal Tiba Di Malaysia Pada 4 Jun 2020

Link Copied!

Terdahulu, Black Shark 3 telah ditawarkan di pasaran tempatan pada tanda harga RM2,799. Meskipun begitu, pastinya ramai peminat yang menanti kemunculan variasi pro kerana peranti ini mempunyai butang pop-naik taktil fizikal yang memberikan lebih kawalan dan pengalaman permainan lebih baik.

Terkini, Black Shark Malaysia berkongsi berita gembira dengan memaklumkan bahawa Black Shark 3 Pro bakal menjengah ke pasaran tempatan pada 4 Jun 2020 secara eksklusif laman e-dagang, Shopee.  Pun begitu, penawaran harga dan ketersediaan masih menjadi tanda tanya dan sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak.

Sekadar makluman, Black Shark 3 Pro hadir dengan skrin 7.1-inci QHD+ OLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.


Komen ()