Kementerian Pengajian Tinggi kini telah mengumumkan yang mana semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlulah dilaksanakan secara atas-talian sehingga 31 Disember 2020 kelak. Semua aktiviti PdP secara bersemuka juga diumumkan adalah tidak dibenarkan.
Langkah ini diambil dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 dikalangan pelajar.
Apa pun, pengecualian diberikan kepada lima kategori pelajar,
1. Pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam dan IPTS dibenarkan kebenaran untuk pulang dengan kadar sefera sekiranya bekeperluan untuk hadir secara fizikal ke makmal, bengkel dan sebagainya.
2. Pelajar Semester/Tahun Akhir diperingkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang perlu melaksanakan kerja klinikal, latihan amali, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang perlukan peralatan khusus. Mereka dibenarkan melaksanakan PdP dikampus seawal 1 Julai 2020.
3. Pelajar Semester/Tahun Akhir yang tidak mempunyai akses yang diperlukan atau persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP atas-talian turut dibenarkan pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020.
4. Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program TVET di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlukan bimbingan secara bersemuka, dibearkan pulang seawal 1 Ogos 2020.
5. Kemasukkan pelajar baharu bagi sesi akademik 2020/2021 secara berperingkat mengikut peringkat kemasukan.