Samsung mempunyai beberapa keluarga peranti, dan salah satu yang popular adalah Galaxy A. Ia memfokuskan kepada penawaran spesifikasi pertengahan, tetapi mengekalkan penawaran ciri-ciri menarik daripada Samsung.
Terbaru, sejumlah penjual tempatan telah mula menawarkan Samsung Galaxy A31 di Malaysia, pada harga RM1099.
Samsung Galaxy A31 hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, dijana cip MediaTek Helio P65, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan sensor utama 48-megapixel dibelakang dengan susunan sistem empat kamera, selain kamera hadapan 20-megapixel.
Menariknya, telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh, dan dilengkapi sokongan pengecasan 15W.
Pada harga RM1099, boleh dikatakan ia agak tinggi berbanding siri Galaxy A30 sebelum ini membawakan tanda harga dibawah RM1000. Tetapi dengan jenama Samsung, semestinya ia mempunyai peminatnya tersendiri.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar rasmi Samsung pada harga RM1099.