Cari @ Amanz

Kini, Anda Boleh Membuat Pembayaran Google Play Melalui 7-Eleven

Oleh Aman

Link Copied!

Google dan 7-Eleven sebelum ini sedia bekerjasama dan menawarkan kad tambah-nilai untuk pengguna. Melaluinya, anda boleh membeli kad tambah-nilai, dan seterusnya menambah kredit ke akaun anda untuk digunakan ketika membeli di Google Play.

Terbaru, selain daripadanya, pihak Google turut telah menambah ciri membuat pembayaran Google Play melalui 7-Eleven.

Dengan ciri baru ini, pengguna diberikan pilihan pembayaran melalui 7-Eleven, selain daripada pilihan pembayaran menggunakan kad kredit dan debit, atau bil telekomunikasi. Langkah ini sekaligus memudahkan lagi pengguna yang tidak mempunyai kad kredit atau debit untuk melakukan pembelian melalui Google Play Store.

Google Play 7-Eleven

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memilih mod pembayaran melalui 7-Eleven pada pilihan medium pembayaran di Google Play Store. Sebuah kod akan dijana, dan anda hanya perlu paparkan ia dikaunter pembayaran 7-Eleven untuk melakukan pembelian.

Ciri ini dilihat telah pun diaktifkan, dan sudah boleh digunakan oleh para pengguna di Malaysia.


Komen ()