Oppo sebelum ini telah pun memperlihatkan beberapa gambar acah untuk telefon pintar akan datang mereka, iaitu Reno4. Lanjutan daripadanya, kini pihak Oppo turut mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan siri Oppo Reno4 secara rasminya pada 5 Jun kelak di China.
Melalui apa yang diperlihatka sebelum ini, Oppo Reo4 dilihat akan menyertakan tiga kamera utama pada bahagian belakang, dan dijangka menyertakan sokongan pengecasan pantas 65W VOOC 4.0. Desas-desus turut mengatakan ia mungkin dijana cip Snapdragon 765G padanya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 5 Jun ini, untuk melihat sepenuhnya penawaran yang disediakan oleh pihak Oppo melalui telefon pintar dibawah siri Reno4 yang baru ini.