Nokia C5 Endi, C2 Tava Dan C2 Tennen Dilancarkan

Nokia C5 Endi, C2 Tava Dan C2 Tennen Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 29, 2020 oleh .

HMD Global melancarkan tiga peranti kelas pertengahan kelas pertengahan untuk syarikat telekomunikasi Cricket iaitu Nokia C5 Endi, Nokai C2 Tava dan Nokia C2 Tennen.

Nokia C5 Endi dilengkapi skrin 6.5″ IPS LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio P22, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utama 13+5+2 megapixel, kamera swafoto 8-megapixel, dan bateri sebesar 4000 mAh. Sedikit mengecewakan ia sekadar menyokong pengecasan 10W.

Peranti mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakang, butang khas untuk Google Assitant dan bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah. Keseluruhan tubuh peranti ini menggunakan bahan polikarbonat sahaja. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 10.

Nokia C2 Tava dan Nokia C2 Tennen adalah dua peranti yang sama dengan skrin 5.45″ LCD HD+, dijana cip MediaTek’s Helio A22memori sebesar 2GB RAM, stoarn 32GB, kamera utama 8+2 MP, kamera swafoto 5MP da bateri sebesar 3000 mAh. Seperti C5 Endi, C2 Tava da C2 Tennen sekadar menyokong pengecasan 10W menerusi port USB-C.

Ia masih hadir dengan butang khas Google Assistant, bicu audio 3.5mm dan tubuh polikarbonat. Sungguhpun begitu ia tidak mempunyai pengimbasan cap jari sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada pengimbasan wajah sahaja.

Harga jualan peranti ialah $170 untuk Nokia C5 Endi, $110 untuk Nokia C2 Tava dan $70 untuk Nokia C2 Tennen. Harga jualan yang berbeza adalah kerana penawaran dalam dan atas talian. HMD Global belum mengumumkan sama ada ketiga-tiga peranti akan dilancarkan secara berasingan dari Cricket.



TIPS & ULASAN