Acara Pelancaran Android 11 Boleh Ditonton Pada 4 Jun Kelak

Acara Pelancaran Android 11 Boleh Ditonton Pada 4 Jun Kelak

Diterbitkan pada Mei 29, 2020 oleh .

Dengan pembatalan acara Google I/O akibat koronavirus, acara pelancaran telah diubah ke atas talian. Acara pelancaran Android 11 kelak akan boleh ditonton secara atas talian pada jam 11 Malam , 4 Jun hadapan. Pada acara tersebut Google akan berkongsi ciri-ciri baharu pada sistem operasi ini adan apa yang boleh dilakukan oleh pembangun,

Selain itu terdapat 12 segmen kecil yang akan membincangkan topik seperti antaramuka, skrin boleh-lipat, privasi dan juga Google Play pada hari yang sama. Kesemuanya boleh ditonton secara terbuka oleh semua menerusi YouTube. Sekiranya anda tidak mahu ketinggalan acara pelancaran Android 11 kelak. Sila ke video di atas untuk menerima notifikasi sebelum penstriman bermula.



TIPS & ULASAN