Meskipun, tradisi sambutan perayaan Aidilfitri kali ini terasa sedikit berbeza, namun ianya tetap disambut dengan penuh keceriaan. Masing-masing dilihat tidak ketinggalan berkongsi pengalaman beraya dan memberi ucapan raya dengan pelbagai keterangan (caption) paling kreatif serta tagar yang menarik.
Kebanyakan perkongsian tagar dilihat berkaitan dengan baju tradisional yang sesuai dipakai pada hari raya. Sehubungan itu, Facebook kini berkongsi 10 senarai teratas tagar paling sohor kini di aplikasi Facebook dan Instagram sepanjang Aidilfitri pada tahun ini. Senarai tagar adalah seperti berikut :
- #minikurung
- #bajuraya2020
- #bajukurung
- #raya2020
- #bajumelayu
- #stayathome
- #bajukurungraya
- #bajukurungmoden
- #bajurayasedondon
- #kitajagakita