YouTube adalah platform penstriman video yang popular yang digunakan oleh ramai orang. Ia ada banyak kandungan menarik dan juga merupakan platform untuk orang cuba membina kerjaya baru – “YouTuber”. Terkini, YouTube telah menambah satu fungsi baru yang digelar sebagai “Video Chapter” untuk para YouTuber gunakan. Seperti namanya, ia adalah satu fungsi yang membahagikan video ke beberapa bahagian atau bab.
0:00 We heard you and added Video Chapters.
0:30 You liked it.
1:00 Now it's official: Video Chapters are here to stay.
1:30 Creators, try Chapters by adding timestamps starting at 0:00 to your video description. Viewers, scrub to find exactly what you’re looking for.
2:00 Enjoy! pic.twitter.com/bIHGsGVmyW— YouTube (@YouTube) May 28, 2020
Pemilik saluran hanya perlu menambah tanda masa bermula pada 0:00 dalam butiran video. Penonton kemudian boleh melangkau mengikut masa yang telah ditetapkan. Lebih menarik, setiap tanda masa yang ditetapkan boleh ditambah judul. Contoh jika video yang panjang lebih 1 jam, ia boleh ditetapkan kepada 3 bahagian – Bab 1, Bab 2 & Bab 3. Penonton boleh langkau terus antara bab dengan mudah.
Fungsi ini sudah pun diuji sejak bulan lepas, cuma baru-baru ini Google telah mengedarkan secara rasmi fungsi ini. Menurut sumber, ia dilihat muncul pada YouTube versi web dan aplikasi untuk Android sahaja. Video juga tidak akan terasing mengikut bahagian secara automatik, pemilik video sendiri perlu membuat tetapan dan hanya segelintir video sahaja – Google mungkin gunakan pembelajaran mesin untuk asingkan seperti video muzik.