Cari @ Amanz

Apple adalah syarikat terawal menawarkan pembantu maya kepada pengguna. Menerusi Siri pengguna boleh berinteraksi dengan telefon menerusi kawalan suara sahaja. Sungguhpun begitu, 8 tahun selepas dilancarkan, Siri kini ketinggalan jika dibandingkan dengan Google Assistant dan Amazon Alexa.

Bagi mengurangkan jurang perbandingan kemampuan ini, Bloomberg melaporkan Apple telah mengambil alih firma pembelajaran mesin Inductiv Inc. Firma ini akan melakukan penambahbaikan ke atas Siri, pembelajaran mesin dan sains data untuk Apple. Nilai yang dibayar oleh Apple untuk mengambil alih Inductive Inc tidak diumumkan.

Antara masalah besar Siri ini Apple tidak menggunakan data pengguna secara meluas untuk melatih pembantu maya mereka. Google dan Amazon tidak mempunyai masalah ini dan ini dapat dilihat pada kemampuan pembantu maya mereka yang lebih bijak memahami arahan serta konteks. Mungkin selepas ini Siri akan dapat memberikan saingan dan kembali ke persada pembantu maya yang terbaik di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd