Cari @ Amanz

Google telah memperkenalkan sistem alamat digital, Plus Codes sekitar tahun 2015. Ia bertujuan membantu orang ramai untuk menjejaki lokasi atau alamat yang sukar dijumpai dan tidak mempunyai titik koordinat yang jelas. Dalam usaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa, fungsi Plus Codes telah ditambah ke aplikasi Google Maps menerusi kemas kini terbaru.

Jika sudah terbiasa dengan aplikasi Google Maps, pastinya anda akan perasan degan kewujudan titik biru yang mewakili lokasi semasa. Untuk mengakses fungsi Plus Codes, anda hanya perlu ketik pada titik biru berkenaan untuk mendapatkan koordinat sebenar lokasi. Melaluinya, anda akan lebih mudah untuk berkongsi lokasi dengan lebih tepat tanpa sebarang isu. Fungsi ini boleh digunakan secara dalam dan juga luar talian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd