Fungsi menjadualkan status media sosial kerap kami gunakan di Facebook sepanjang bulan Ramadan. Dengan ini kami boleh menyasarkan pembaca yang bangun awal untuk sahur. Tetapi ciri menjadualkan status ini tidak disokong pada Twitter web sehingga memaksa kami menggunakan perisian pihak ketiga. Tetapi hari ini akhirnya pengguna Twitter web boleh menggunakan ciri ini buat pertama kali.
Not quite ready to send that Tweet? Now on https://t.co/fuPJa36kt0 you can save it as a draft or schedule it to send at a specific time –– all from the Tweet composer! pic.twitter.com/d89ESgVZal
— Twitter Support (@TwitterSupport) May 28, 2020
Pada kotak menghantar ciapan anda dapat melihat ikon baharu dengan ikon jam pada hujung sebelum kanan bersebelahan ikon untuk emoji. Pengguna boleh menjadualkan cipan lengkap dengan gambar sehingga dua tahun dari tarikh ia ditulis.
Satu kelebihan sistem menjadualkan ciapan versi web ialah ia akan dihantar pada waktu yang ditetapkan tanpa tetingkap dibuka di pelayar web tidak seperti Tweetdeck yang memerlukan ia dibuka sepanjang masa. Ciri menjadualkan ciapan menerusi Twitter ini boleh diakses oleh semua pengguna hari ini.