Cari @ Amanz

Siri Vivo X50 bakal diperkenal secara rasmi tidak lama lagi dan ia dikatakan muncul dalam dua model berbeza iaitu Vivo X50 dan Vivo X50 Pro. Semakin hampir dengan acara pelancaran, imej sebenar kedua-dua peranti dikatakan telah dikongsi secara langsung menerusi beberapa imej tersebar di laman Weibo.

Cuma sayangnya, ia hanya menunjukkan rekaan panel belakang dan tidak pula mendedahkan paparan hadapan. Laporan memetik sumber berkata, siri Vivo X50 bakal menjadi peranti dengan sokongan 5G yang paling nipis dengan ketebalan hanya 7.49mm.

Dalam pada itu, spesifikasi penuh untuk Vivo X50 Pro juga dikatakan telah pun tertiris secara langsung. Ia dipercayai mempunyai skrin 6.56-inci FHD+ pada kadar segar semula 90Hz, dijana oleh cip Snapdrgon 765G, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4,315mAh. Ia juga didakwa dibekalkan kamera utama 48-Megapixel Sony IMX598 dan kamera hadapan 32MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd