Cari @ Amanz

Sony hari ini mengesahkan yang mana mereka menjadualkan acara khas pada 4 Jun 2020 ini (waktu tempatan, 5 Jun 2020), dimana mereka akan memperlihatkan masa depan permainan di PlayStation 5.

Seperti ramai sedia maklum, PlayStation 5 merupakan konsol generasi baru Sony yang bakal diperkenalkan pada tahun ini. Ia menawarkan spesifikasi yang baru, sekaligus membawakan sokongan grafik yang lebih berkuasa berbanding masa sekarang.

Buat masa ini, Sony telah berkongsi secara ringkas berkaitan spesifikasi konsol berkenaan, selain mempertontonkan alat kawalan permainannya. Melalui acara ini, kita mungkin akan melihat permainan eksklusif yang bakal hadir pada konsol berkenaan kelak, selain keupayaan grafiknya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 4 Jun ini untuk melihat sendiri kejutan pihak Sony melalui permainan di PlayStation 5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd