McLaren Mengesahkan Kerjasama Dengan OnePlus Telahpun Tamat

McLaren Mengesahkan Kerjasama Dengan OnePlus Telahpun Tamat

Diterbitkan pada Mei 30, 2020 oleh .

Sejak dua tahun yang lalu, OnePlus melancarkan peranti versi terhad dengan penjenamaan McLaren disertakan pelbagai fungsi menarik seperti pengecasan yang lebih pantas. Namun begitu minggu lalu Android Authority menyedari OnePlus tidak lagi disenaraikan sebagai antara rakan kongsi di laman McLaren. Minggu ini akhirnya kenyataan rasmi dari McLaren mengesahkan kerjasama di antara kedua-dua syarikat telahpun tamat.

Dengan tamatnya kerjasama ini, maka impian mereka yang menginginkan OnePlus 8 versi McLaren akan terkubur. Ini pastinya mengecewakan kerana hanya beberapa bulan yang lalu OnePlus Concept One dengan kamera yang disorokkan telah diperlihatkan dengan edisi McLaren. Tetapi di dalam dunia telefon pintar dan F1, kerjasama jangka pendek ini kerap berlaku.



TIPS & ULASAN