Cari @ Amanz

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jarak pembatasan sosial minimum ialah 1 meter. Di dunia norma baharu, terdapat garisan pembatasan sosial ini di pelbagai premis awam sejak PKPB diumumkan. Tetapi kami ada menyedari sesetengah premis yang mengambil langkah acuh tak acuh dalam menandakan jarak minimum ini di lantai. Dalam situasi tiadanya penanda fizikal, Sodar telah dibangunkan oleh Google.

Sodar ialah singkatan untuk Social Radar. Tiada aplikasi tambahan perlu dimuat turun sebaliknya pengguna hanya perlu menggunakan pelayar Chrome dan pergi ke laman web Sodar. Menerusi teknologi peranti terimbuh, sebuah gelung berwarna putih dengan jejari 2 meter akan dipaparkan skrin menandakan jarak batasan sosial. Buat masa ini Sodar hanya disokong pada peranti Android menerusi pelayar Chrome sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd