Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah mengumumkan sebuah acara khusus pembangun berkaitan dengan Android 11 – dimana sejumlah ciri baru dijangka diperlihatkan pada acara berkenaan berkaitan dengan sistem operasi akan datang Android.

Namun, kini Android mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan acara berkenaan.

Google mengatakan mereka tidak sabar untuk berkongsi berkaitan Android 11, tetapi kini bukan masa yang sesuai untuk menyambutnya. Google mengatakan mereka menangguhkannya, dan tidak memberikan sebarang tarikh baru untuknya.

Walaupun tidak menyatakannya, penangguhan ini juga mungkin disebabkan oleh protes yang berlaku di Amerika Syarikat sejak sehari dua kebelakangan ini disebabkan oleh kematian George Floyd di Minnesota.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd