Cari @ Amanz

Tencent Dilaporkan Berminat Mendapatkan Pegangan Pada Warner Music

Oleh Aman

Link Copied!

Warner Music Group merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran lagu dan muzik di seluruh dunia. Ia merupakan salah satu daripada tiga syarikat muzik terbesar didunia.

Terbaru, menurut WSJ, ia dilaporkan syarikat internet gergasi Tencent sedang melihat untuk mendapatkan pegangan pada syarikat Warner Music ini.

Ia dikatakan Tencent ingin melabur sekitar $200 juta pada syarikat Warner Music berkenaan. Pelaburan ini sekaligus dijangka akan turut membantu pihak Tencent dalam memperkukuhkan penawaran mereka dalam arena penstriman muzik.

Sebelum ini, Tencent turut telah mempunyai pegangan pada Spotify, dan juga Universal Music Group.


Komen ()