Cari @ Amanz

Ciri Pengecasan Sony Xperia 1 II Ini Memastikan Hayat Bateri Bertahan Lama Ketika Sesi Permua

Link Copied!

Musuh utama bateri ialah kitaran pengecasan. Secara lazimnya bateri li-ion yang digunakan pada telefon pintar hanya boleh dicas sebanyak 1000 kali sebelum mengalami pengurangan prestasi. Ini adalah penyebab mengapa selepas hampir tiga tahun anda akan menyedari bateri tidak bertahan seperti tahun pertama. Pada Xperia 1 II, Sony menyertakan ciri baharu yang memastikan masalah kitaran pengecasan yang tinggi tidak akan menghantui golongan peminat permua.

Pada tetapan bateri terdapat pilihan untuk H.S. Power Control ketika menggunakan pengecas. Apabila diaktifkan, peranti akan menggunakan kuasa yang ditarik sepenuhnya dari pengecas tanpa melalui bateri. Bateri juga tidak akan dicas walaupun pengecas disambung. Dengan ini masalah pemanasan bateri yang menyumbang kepada degradasi prestasinya tidak akan berlaku.

Ia adalah ciri yang pasti menggembirakan peminat permua yang kerap kami lihat menyambungkan pengecas pada peranti ketika maraton permua tetapi tidak menyedari ia sebenarnya memendekkan hayat bateri peranti.

Bagi mereka yang pernah menggunakan telefon yang boleh ditanggalkan baterinya suatu ketika dahulu ini bukanlah ciri baharu. Tetapi sejak bateri tidak lagi boleh ditanggalkan, sistem pengecas yang memintas bateri ini tidak lagi disertakan pada peranti pintar moden.


Komen ()