Cari @ Amanz

Microsoft Mula Menggantikan Editor Dan Wartawan Dengan Kecerdasan Buatan

Oleh Aman

Link Copied!

Pelbagai syarikat telah mula melihat kepada penggunaan robot dan kecerdasan buatan dalam mengurangkan tenaga kerja, selain mengautomasikan sesuatu pekerjaan.

Pihak Microsoft turut tidak ketinggalan, dan kini dilihat telah mula menghentikan beberapa wartawan dan editor yang bekerja di Microsoft News dan MSN.

Untuk makluman, Microsoft sedia membayar sejumlah penerbit kandungan, dan mempunyai editor dan wartawan tersendiri yang melakukan pengubahsuaian kandungan yang disesuaikan dengan platform Microsoft.

Dengan langkah terbaru ini, Microsoft akan menggunakan kecerdasan buatan dalam menggantikan tugasan wartawan dan editor ini. Microsoft dikatakan telah mula melaksanakan perubahan ini di Amerika Syarikat, selain pasukan antarabangsa.

Adakah melalui perubahan terbaru ini, kita akan turut melihat kepada beberapa syarikat lain yang turut melakukan perkara sama?


Komen ()