Kerajaan sebelum ini telah mengehadkan oeprasi mesin ATM dari 8 pagi ke 8 malam sahaja disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan. Apa pun, peraturan berkenaan akan berubah bermula esok, 1 Jun 2020.
Melalui pengumuman terbaru pihak kerajaan, mesin ATM boleh beroperasi seperti biasa bermula 1 Jun 2020 ini – lebih kurang sama seperti ia beroperasi pra-PKP sebelum ini.
Ini sekaligus akan membolehkan pengguna untuk mengeluarkan wang, atau melakukan urusan perbankan menerusi ATM untuk tempoh masa lebih lama mengikut keselesaan pengguna.
Apa pun, seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan dan mengikuti pelbagai SOP yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.