Samsung mengumumkan sebuah lagi cip baharu minggu ini iaitu Exynos 850. Ia adalah cip 4G kelas pertengahan yang dihasilkan menerusi teknologi 8nm. Cip ini dilengkapi lapan teras kesemuanya dengan CPU Cortex-A55 tetapi pecahan kluster yang digunakan masih lagi misteri setakat ini. Dari segi GPU pula, Exynos 850 menggunakan Mali-G52.
Pemproses menyokong satu kamera utama 21.7 megapixel atau dwi-kamera 16+5 megapixel. Kamera hadapan pula disokong sehingga 21.7 megapixel. Dari segi storan pula ia sekadar menyokong eMMC 5.1 dan RAM LPDDR4x sahaja. Resolusi yang disokong adalah sehingga FHD+ dan rankaian LTE yang disokong pula adalah sehingga Cat 7. Peranti pertama yang menggunakan Exynos 850 ialah Samsung Galaxy A21s yang baru dilancarkan dua minggu lalu.