Cari @ Amanz

Dua lagi peranti siri Galaxy A ditawarkan di Malaysia hari ini. Samsung Galaxy A11 dan Galaxy A21s muka diiklankan menerusi sebuah laman atas talian walaupun ia belum diumumkan secara rasmi oleh Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy A11 dilengkapi 6.4″ TFT LCD HD+, dijana cip lapan teras dengan kelajuan 1.8GHz , memori sehingga 3GB RAM, storan sebesar 32GB dan bateri sebesar 4000 mAh. Spesifikasi kamera utama ialah 13+5+2 Megapixel. Ini adalah peningkatan dari hanya satu kamera pada A10. Lensa sudut lebar, sudut ultra lebar dan pengesan kedalaman digunakan walaupun A11 ialah peranti kelas permulaan. Kamera swafoto pula adalah sebesar 8-Megapixel yang diletakkan pada sebuah lubang kamera.

Seperkara lagi yang kami rasakan menarik ialah peranti menyokong pengecasan pantas 15W, bicu audio 3.5mm diletakkan pada bahagian atas dan pengimbas cap jari pada panel belakang.

Sementara itu Samsung Galaxy A21s pula dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci HD+ pada resolusi 720p, dilengkapi cip pemprosesan Exynos 850, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 15W.

Untuk rakaman gambar, Samsung Galaxy A21s hadir dengan empat-kamera belakang dengan sensor utama 48MP, dilengkapi sensor 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Untuk rakaman swafoto, kamera 13MP disertakan pada bahagian lubang skrin hadapan. Telefon pintar ini turut menyertakan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Di Malaysia Samsung Galaxy A11 ditawarkan pada harga RM599 sebuah dan Galaxy A21s pula pada harga RM939 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd