Cari @ Amanz

Facebook Melancarkan Venue Sebagai Pesaing Kepada Twitter

Link Copied!

Sejak merajau dunia media sosial, Facebook akan cuba membeli pesaing mereka sebelum mereka memintas kepopularan mereka. Ini dapat dilihat berlaku pada Instagram dan WhatsApp. Sekiranya mereka gagal mengambil alih, ciri seakan sama akan diperkenalkan seperti Stories pada Instagram yang mengambil inspirasi dari Snapchat. Terkini mereka melancarkan pula Venue yang dilihat sebagai pesaing kepada Twitter.

Venue ialah aplikasi skrin kedua yang digunakan ketika menonton sesuatu acara yang sedang bersiaran langsung seperti acara sukan misalnya. Oleh itu dengan pelancaran Venue, mereka mengumumkan ia boleh digunakan ketika acara NASCAR yang berlangsung hari ini.

Ada sedikit perbezaan dengan Twitter pada Venue. Pertama sekali ia adalah seperti sebuah bilik dengan beberapa individu menjadi pengacara. Mereka menjadi tuan rumah yang kemudian boleh membuka ruangan komen kepada pengguna lain untuk berkongsi pendapat dan melakukan undian mengenai perkara yang sedang berlaku.Ia juga boleh digunakan untuk memberikan perhatian kepada insiden-insiden penting yang boleh menjadi bualan penonton di rumah.

Dengan Venue acara menonton perlawanan bola di rumah misalnya akan mempunyai elemen sosial tersendiri kerana interaksi menggunakan Venue. Aplikasi ini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS.


Komen ()