7-Eleven hari ini telah mengumumkan pengenalan aplikasi ganjaran mereka tersendiri untuk pengguna telefon pintar Android dan iPhone, dinamakan sebagai My7E.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengumpulkan mata ganjaran, menikmati pelbagai promosi dan penjimatan untuk pembelian, dan memautkan kad ganjaran seperti BLink ke aplikasi ini.
Sebagai pengenalan, pihak 7-Eleven turut memberikan baucar e-tunai RM3 untuk setiap pendaftaran. Pengguna juga dijangka akan menerima tawaran khas bersempena hari lahir.
Disamping itu, anda juga boleh mendapatkan satu Slurpee secara percuma selepas membeli enam Slurpee. Pengguna juga kelak boleh pautkan dompet digital Razer Pay dalam aplikasi berkenaan, dan memudahkan lagi proses pembelian.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun My7E untuk Android dan iPhone hari ini.
- Muat-Turun My7E untuk Android
- Muat-Turun My7E untuk iPhone