Sebuah Bandar Di Jepun Ingin Mengharamkan Penggunaan Peranti Ketika Berjalan Kaki

Sebuah Bandar Di Jepun Ingin Mengharamkan Penggunaan Peranti Ketika Berjalan Kaki

Diterbitkan pada June 1, 2020 oleh .

Memandu sambil menggunakan telefon pintar adalah salah di sisi undang-undang kerana boleh menyebabkan kemalangan. Namun begitu di bandar Yamato yang terletak di wilayah Kanagaawa Jepun ingin mengharamkan penggunaan peranti walaupun ketika berjalan.

Pengharaman ingin dilakukan selepas kajian kajian mendapati 12% penduduk Yamato menggunakan peranti ketika berjalan. Ini dipercayai akan meningkatkan risiko kemalangan dan kecederaan kepada pejalan kaki yang lain.

Ahli majlis bandar akan mengundi untuk mengharamkan penggunaan peranti ketika berjalan pada bulan ini. Sekiranya menerima undian yang cukup, ia akan berkuatkuasa bermula Julai 2020. Hukuman yang dikenakan masih belum diketahui sebelum ini.



TIPS & ULASAN