Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Band merupakan keluarga gelang tangan pintar yang popular dan digunakan ramai memandangkan harga jualannya yang kompetitif berbanding pesaing lain. Terbaru, untuk tahun 2020 ini, Xiaomi bakal memperkenalkan generasi baru Mi Band 5 pada minggu hadapan.

Mi Band 5

Dinamakan Mi Band 5, Xiaomi dijangka memperkenalkan ia pada 11 Jun 2020 kelak. Mengikut desas-desus sebelum ini, Mi Band 5 dijangka menyertakan sokongan kecergasan yang ditambah-baik, sensor denyutan nadi, pemantau corak tidur, dan dijangka turut membolehkan anda mengawal rakaman gambar melalui ciri kawalan jauh.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri pengenalan Mi Band 5 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd