Carian
Honor Play 4 Pro Dijangka Hadir Dengan Sensor IR Untuk Menyemak Suhu Badan Dan Objek
June 2, 2020 Aman

Honor bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru, Honor Play 4 Pro di China pada minggu ini. Menariknya, selari dengan pelancarannya yang dijadualkan, kini pihak Honor di China telah mengeluarkan sebuah video acah yang baru.

Melalui video acah berkenaan, Honor memperlihatkan keupayaan untuk telefon pintar berkenaan menyemak suhu seseorang dengan mudah menggunakan telefon pintar berkenaan.

Honor Play 4 Pro

Seperti ramai sedia maklum, pada era norma baharu ini, semakan suhu badan seseorang adalah suatu yang biasa. Disamping itu, ciri ini juga dilihat boleh menyemak objek tidak hidup – sebagai contoh, ais krim.

Untuk menyemak suhu pengguna, ia dilihat perlu meletakkan telefon dibahagian yang inginkan suhu disemak, dan ia akan memaparkan bacaan pada skrin.

Honor dijangka akan memperkenalkan siri Honor Play 4 pada 3 Jun ini, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai mekanisma penggunaan sistem suhu berasaskan IR ini daripada mereka pada telefon pintar.

Apa kata anda berkenaan ciri ini?

Komen