Pagi ini Apple memberikan kemas kini iOS 13.5.1 yang sebesar 77.5 MB bagi menampal beberapa kerentanan sekuriti yang membolehkan iPhone menjalanis proses Jailbreak dengan mudah. Menerusi kemas kini ini, peranti tidak akan lagi dapat menjalani proses Jailbreak.
Jailbreak gemar dilakukan pemilik yang inginkan lebih banyak ciri, kebebasan dan kustomasi pada peranti Apple milik mereka. Tetapi pada masa yang sama Apple melihatnya sebagai kerentanan sekuriti pada peranti dan oleh sebab itu lah iOS 13.5.1 ini diberikan untuk menampalnya. Selain iPhone, iPadOS 13.5.1 dan watchOS 6.2.6 turut diberikan pagi ini kerana isu yang sama. Kemas kini boleh dilakukan secara OTA pada peringkat global pagi ini.