Vivo TWS Earphone Neo Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 27 Jam

Vivo TWS Earphone Neo Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 27 Jam

Diterbitkan pada June 2, 2020 oleh .

Bolehlah dikatakan sejak akhir-akhir ini setiap minggu ada sahaja fon telinga TWS baharu diumumkan. Serentak dengan pelancaran tiga peranti Vivo X50 semalam, mereka turut mengumumkan Vivo TWS Earphone Neo.

Fon telinga ini menggunakan cip Qualcomm yang terkini bagi memberikan kualiti audio aptX Adaptive yang dikatakan setanding dengan mendengar cakera padat. Satu lagi kelebihannya ialah ia mempunyai sela masa hanya 88ms yang membuatkannya sesuai untuk sesi permua. Tambatan dilakukan pada peranti dengan sokongan sehingga bluetooth 5.2.

Dari segi rekaan Vivo TWS Earphone Neo mempunyai bentuk seperti fon telinga biasa dengan beberapa kawalan sentuhan diberikan pada bahagian tangkai. Dengan sekali caj setiap fon telinga boleh berfungsi hampir 6 jam atau sehingga 27 jam dengan penggunaan pod pengecas.

Akhir sekali ia melepasi piawaian IPX5 yang menjadikannya kalis air dan peluh. Di China Vivo TWS Earphone Neo dijual pada harga RMB 500 (~RM 300).



TIPS & ULASAN