Cari @ Amanz

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini telah memperlihatkan sebuah video simulasi pelaksanaan konvokesyen secara maya. Melaluinya, UniSZA menggunakan robot secara simbolik kepada pelajar, dimana pelajar dihubungkan melalui panggilan video, dan menerima skrol secara simbolik.

Simulasi ini diperlihatkan selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang membuatkan ramai perlu belajar daripada rumah, dan beberapa universiti di luar negara yang memperlihatkan konsep lebih kurang sama untuk tujuan konvokesyen. Robot digunakan sebagai ganti kepada para graduan yang tidak boleh hadir secara fizikal.

Apa pun, pihak UniSZA menekankan yang mana ini sekadar simulasi semata-mata. KPT dikatakan telah pun memutuskan untuk tiada Majlis Konvokesyen yang dilaksanakan pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd