Cam-A-Lot Ialah Skrin Hijau Yang Boleh Dipasang Terus Pada Kerusi

Cam-A-Lot Ialah Skrin Hijau Yang Boleh Dipasang Terus Pada Kerusi

Diterbitkan pada June 2, 2020 oleh .

Antara cabaran bekerja dari rumah ialah mencari latar belakang yang elok sebelum melakukan sesi telesidang. Cabaran menjadi semakin sukar apabila anda duduk bersama keluarga atau rumah yang agak sempit.  Oleh itu aplikasi seperti Zoom ada menyediakan ciri yang memadam latar belakang. Bagaimana pula dengan aplikasi yang tidak menyokongnya?

Cam-A-Lot ialah skrin latar  belakang berbentuk bulat dengan diamater 1.45 meter. Ia dengan mudah boleh dipasang pada bahagian belakang kerusi. Satu bahagian berwarna hijau dan satu lagi berwarna putih. Dengan ini kesan skrin hijau yang disokong pada aplikasi telesidang dan penstriman dapat digunakan dengan lebih tepat. Apabila tidak digunakan, ia boleh dilipat kecil seperti penghadang matahari untuk kereta. Cam-A-Lot dijual pada harga $80 (~RM343) sebuah.



TIPS & ULASAN