MIJIA Dijenamakan Semula Kepada Xiaomi Smart Life

MIJIA Dijenamakan Semula Kepada Xiaomi Smart Life

Diterbitkan pada June 2, 2020 oleh .

Xiaomi mempunyai sub jenama tersendiri iaitu MIJIA yang digunakan untuk memasarkan peranti berhubung dan yang dijual menerusi laman biayasama. Hari ini MIJIA secara rasmi dijenamakan semula sebagai Xiaomi Smart Life.

Pengumuman dilakukan menerusi laman Weibo rasmi mereka. Perubahan hanya dilakukan pada nama sahaja tetapi logo lama masih lagi dikekalkan pada waktu ini. Penjenamaan semula ini mungkin untuk mengurangkan kekeliruan di kalang pengguna di luar China. Nama MIJIA Itu sendiri sebenarnya bermaksud “rumah pintar Xiaomi” dalam bahasa mandarin.

Apa yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini ialah pelbagai jenama mula menyeragamkan nama produk mereka. Contoh paling ketara ialah Facebook yang meletakkan from Facebook di Instagram dan Whatsapp.



TIPS & ULASAN