Fon telinga tanpa wayar adalah menjadi trend pada masa kini. Ianya amat sesuai untuk golongan yang benci akan fon telinga dengan wayar berselirat. Selepas muncul dengan 3 fon telinga tanpa wayar iaitu Realme Buds Air, Buds Air Neo dan Buds Q. Realme sekali lagi mengejutkan ramai apabila dikatakan mungkin muncul dengan fon telinga baru lagi.
Jika rekaan Realme Buds Q kelihatan seakan sama dengan Samsung Galaxy Buds. Paten terbaru untuk kali ini pula kelihatan serupa seperti Apple Airpods Pro. Imej dikongsi memperlihatkan ia didatangkan dengan rekaan berbentuk bulat bersama tip yang diperbuat daripada bahan silikon. Selain itu, pod pengecas pula dilihat disertakan dengan lampu LED, port USB-C dan satu butang khusus.
Buat masa ini, ia hanya sekadar paten sahaja, dan masih tidak diketahui sama ada ia akan menggunakan rekaan ini untuk produk terakhir. Jadi, apa pandangan anda mengenai perkara ini?