OnePlus telahpun mengesahkan mereka akan kembali mengeluarkan peranti harga mampu milik tahun ini. Dengan OnePlus 8, ramai peminat tegar merungut peranti tahun ini dijual pada harga yang lebih mahal berbanding peranti terdahulu. Hari ini markah penanda aras sebuah peranti misteri OnePlus telah tertiris yang menujukan penggunaan cip Snapdragon 765G.
Markah penanda aras Geekbench untuk OnePlus AC2003 tertiris ke arena web. Peranti turut dilengkapi memori sebesar 12GB RAM dan masih lagi menggunakan Android 10. Besar kemungkinan ini ialah nama kod untuk OnePlus Z. Kali terakhir peranti kelas pertengahan dilancarkan oleh OnePlus ialah OnePlus X pada tahun 2015.
Seperti yang dapat kita lihat tahun ini, peranti dengan Snapdragon 765G adalah lebih baik mampu milik berbanding peranti Snapdragon 865. Dengan peranti telahpun muncul di Geekbench, pelancarannya pasti tidak jauh dari sekarang,