Cari @ Amanz

ZTE memperluaskan penawaran perantinya dengan pengenalan ZTE Axon 11 SE 5G, baru-baru ini. Ia merupakan sebuah lagi peranti terbaru yang dijana oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 800 dengan sokongan dua mod untuk 5G.

ZTE Axon 11 SE 5G menggunakan paparan berukuran 6.53-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Seperti dinyatakan sebelumnya, peranti ini menggunakan cip MediaTek Dimensity 800 dengan gabungan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Untuk kamera, ia menggunakan empat lensa iaitu 48-Megapixel (f/1.79) + 8MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4) dan kemera hadapan pula sebesar 16MP (f/2.0).

Melengkapi peranti adalah bateri 4,000mAh yang mana ZTE mendakwa ia boleh mengecas sehingga 50% dalam hanya 30minit sahaja. Perisian terbina adalah MiFavor 10 berasaskan Android 10 terkini. Peranti ini ditawarkan di pasaran China pada harga bermula RMB 1,998 (kira-kira RM 1,205).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd