Imej Sebenar Siri Oppo Reno4 Dikongsi – Dedah Rekaan Hadapan Dan Belakang

Imej Sebenar Siri Oppo Reno4 Dikongsi – Dedah Rekaan Hadapan Dan Belakang

Diterbitkan pada June 2, 2020 oleh .

Siri Oppo Reno terkenal dengan keupayaan fotografi yang baik. Oppo dilihat bakal memperluaskan lagi penawaran di bawah siri ini dengan memperkenalkan Oppo Reno 4. Ia merupakan pengganti kepada siri Oppo Reno 3 dan pelancaran rasmi dijadualkan pada 5 Jun kelak.

Bahang kemeriahan pelancaran kian terasa apabila imej memperlihatkan gambaran sebenar untuk Oppo Reno4 dan Oppo Reno4 Pro kini mula dikongsi. Kedua-duanya dilihat hadir dengan rekaan yang sama pada panel belakang dengan persediaan tiga kamera. Selain itu, kedua-duanya juga menggunakan rekaan paparan berlubang tetapi, terdapat perbezaan pada jumlah lensa yang disertakan.

Oppo Reno4 Prodidatangkan dengan lensa swafoto tunggal. Manakala, Oppo Reno4 pula menyertakan sokongan dwi-kamera hadapan. Jika diteliti, terdapat sedikit perkara yang agak menjengkelkan di mana binaan dagu pada Oppo Reno4 adalah agak tebal berbanding Oppo Reno4 Pro. Pada ramalan anda, adakah siri kali ini akan meneruskan keunggulan untuk fotografi?



TIPS & ULASAN