Carian
Biosensor Akan Membantu Membuat Ujian Saringan Covid-19 Lebih Pantas
June 2, 2020 Fahim Zahar

Ujian saringan Covid-19 mengambil masa yang lama untuk menentukan seseorang itu positif atau negatif. Kebiasaannya, satu hari baru seseorang itu akan tahu keputusan. Ada sahaja kit ujian pantas yang boleh dilakukan oleh diri sendiri, tetapi ia masih perlu membuat pengesahan kerana data-data perlu diuji di makmal. Manakala kit yang boleh membaca dan memberi keputusan pantas pula, iaitu sekitar 2-3 jam kebanyakannya memberi keputusan yang tidak jitu.

Covid-19

Terkini, terdapat sejenis biosensor yang boleh membantu membuat ujian saringan Covid-19 dengan lebih pantas. Syarikat bernama Rogue Valley Microdevices bekerjasama dengan startup Cardea dan Hememics telah hadir dengan biosensor yang berbeza. Ujian saringan ini boleh dilakukan dalam masa 60 saat sahaja. Ini kerana, ujian yang biasa melalui proses menjadi jujukan asid ribo­nukleik yang berkait dengan koronavirus. Proses ujian ini kemudian menyalin jujukan-jujukan tadi dengan menambah campuran bahan kimia berbeza, mengitar suhu campuran tadi, menambah molekul pendarfluor dan selepas mencukupi sampel tersebut akan menyala.

Dengan biosensor, proses menyalin jujukan asid ribo­nukleik secara berulang tadi tidak perlu dilakukan. Ini kerana cip yang terbina di dalamnya boleh membuat pelbagai ujian berkali-kali dan boleh menjejak virus pada asid ribo­nukleik, antibodi, dan antigen dengan mudah. Ini kerana biosensor ini mempunyai komponen yang disalut dengan sejenis bahan biologi yang boleh menjadikan mana-mana bahan biologi lain tertarik dan boleh “berinteraksi” dengan sampel. Dengan itu, aliran elektron akan boleh diketahui jika alami sebarang perubahan. Dengan kewujudan sistem ini, ia boleh memburu pelbagai serpihan asid ribo­nukleik, antibodi dan antigen. Secara tidak langsung boleh mengurangkan pemberian keputusan yang tidak jitu.

Biosensor dari Cardea menggunakan teknologi dari Crispr. Mereka mempunyai pengalaman sejak 2013 dalam menghasilkan biosensor yang boleh mengesan DNA, RNA, protein, dan pelbagai isyarat molekular lain. Cardea lebih kepada sebuah syarikat yang menyediakan platform dan syarikat lain boleh menggunakan teknologi mereka untuk membuat kit ujian saringan tersendiri. Wakil Cardea menyatakan yang ujian menggunakan teknologi mereka setakat ini berjalan dengan baik dan mempunyai keputusan yang memuaskan. Ia hanya tidak dapat dihasilkan secara meluas, kerana kos.

Bagi syarikat Hememics pula, teknologi mereka boleh menyimpan bahan biologi dalam keadaan yang kering. Teknologi mereka dikatakan adalah lebih efisien, kerana bahan biologi yang kering lebih serasi dengan biosensor. Sebelum ini teknologi mereka adalah menggunakan anitnbodi untuk mencari protein, kini mereka menggunakan protein untuk mencari anitbodi. Versi akhir mereka yang bersedia untuk membuat ujian saringan Covid-19 dalam 5-6 minggu.

Jadi, sehingga hari ini masih tiada kit yang benar-benar boleh membuat ujian saringan Covid-19 dengan keputusan yang jitu. Kita hanya akan ketahui perkara ini di masa akan datang. Jangan mudah terpedaya dengan kit yang dijual secara atas talian dan lakukan ujian di lokasi yang diiktiraf.

Komen