Maxis sedia terkenal sebagai syarikat telekomunikasi dengan pelan langganan yang mahal. Tetapi, dari segi kelajuan ianya antara yang paling stabil. Bukan itu sahaja, mereka turut terkenal dengan penawaran pelan ansuran untuk memiliki peranti mercu pada harga yang mampu milik.
Terkini, mereka telah menaiktaraf kuota pelan-pelan pascabayar secara percuma. Pengguna akan dapat menikmati kuota tambahan ini bermula pada 4 Jun 2020. Maxis turut akan menetapkan semula kuota sedia ada, misalnya jika anda menggunakan pelan Maxis Postpaid 128 yang mempunyai kuota 40GB dan telah menggunakan 3GB – pada 4 Jun ini anda akan menerima kuota penuh 60GB. Untuk ketahui pelan yang mana dan berapa banyak kuota dinaiktaraf, rujuk jadual di bawah;
Pelan yang dinaiktaraf ini efektif kepada semua pengguna pascabayar Maxis, dari pelan Sabah sehinggalah pelan Tablet 28. Kuota yang ditambah pula adalah dari 15GB sehingga 40GB. Ini adalah satu perkara yang paling menarik Maxis tawarkan. Ya, walaupun bukan kuota tanpa had – untuk Maxis ini sudah pun menarik (bukan ada pun, pelan yang benar-benar tanpa had). Jadi, apa-apa pun pengguna Maxis ayuh kita nantikan 4 Jun ini untuk menikmati kuota baru.